

Lebih baik takut masok neraka daripada masok penjara. In shaa Allah.
KITA nak tanya apa cerita Jutawan Teow Wooi Huat atau Tedy Teow yang juga dikatakan antara pembiaya DAP dan skandal Penipuan antarabangsa berjumlah RM350 Billion.
Khabarnya beliau telah ditahan di Thailand berikutan beberapa tuduhan gubahan wang haram (Scamming), perjudian dalam talian dan juga dikehendaki oleh kerajaan China berkaitan Penipuan pelaburan berjumlah RM350Billion.
Seramai 400 warga China khabarnya telah menjadi mangsa Tedy Teow. Jenayah Tedy Teow juga membabitkan ramai mangsa dari 70 negara.
Jumlah penipuan sekitar RM 350billion adalah 80kali lebih besar dari 1mdb.
Mengapa Malaysia khususnya Peguam Negara tiada membuat tindakan lanjut tindakan undang-undang keatas Tedy Teow .
Sewajarnya Kerajaan lebih serius dan tegas keatas orang seperti Tedy Teow dan JHOLOW ini demi memulihkan kedaulatan undang-undang.
Teow Wooi Huat, pengasas MBI Group International, telah ditangkap pada awal pagi Jumaat oleh sepasukan yang diketuai Penolong Ketua Polis Negara Pol Lt-Jeneral Surachate Hakparn.
Polis juga menggeledah pejabat Kumpulan MBInya di daerah Sadao di sempadan Thailand-Malaysia.
Penahanannya dibuat selepas penahanan ahli politik tempatan di wilayah Songkhla dan Nakhon Si Thammarat baru-baru ini selepas tindakan keras terhadap perjudian dalam talian di selatan Thailand.
Siasatan yang diketuai oleh Surachate menemui kaitan mereka dengan Teow, kata polis pada hari Jumaat
